bkgrnd

MEREKA KEKUATAN SAYA

Thursday 22 November 2012

DUIT DUIT DUIT



Duit boleh beli BANTAL & TILAM.. tapi tidak boleh beli TIDUR..

Duit boleh beli UBAT.. tapi tidak boleh beli KESIHATAN..

Duit boleh beli BUKU.. tapi tidak boleh beli KEBIJAKSANAAN..

Duit boleh beli INTAN & PERMATA.. tapi tidak boleh beli KECANTIKAN..

Duit boleh beli MAKANAN.. tapi tidak boleh beli SELERA..

Duit boleh beli RUMAH.. tapi tidak boleh beli KELUARGA..

Duit boleh beli BARANGAN MEWAH.. tapi tidak boleh beli PELAJARAN..

Duit boleh beli HIBURAN.. tapi tidak boleh beli KEBAHAGIAAN..

Duit boleh beli PERNIAGAAN.. tapi tidak boleh beli KEBERKATAN..

Duit boleh beli CINTA.. tapi tidak boleh beli KESETIAAN..

Duit boleh beli ORGAN BADAN.. tapi tidak boleh beli NYAWA..

Duit boleh beli PANGKAT & KEDUDUKAN.. tapi tidak boleh beli IMAN..

Anda setuju ?????



NOTA LUTOT : DUIT BUKAN SEGALANYA… TAPI DUIT PUNYA SEGALANYA… RENUNG-RENUNGKAN~~~


APA SALAH PEREMPUAN ????



DIAM  à  dia lemah

LANTANG  à  nampak salah

MESRA  à  dia gatal

PASIF  à  dipijak pijak

KAHWIN  à  bila beranak ??

TAK KAHWIN à  pasti digelak

BERHIJAB  à  dikata kolot

TAK TUTUP  à  lagilah heboh

SETIA   à  dimadu suami

CURANG  à  dicanang dia keji

TERLALU CINTA  à  dimain mainkan

TERLALU BERJAGA  à  dimarah marahkan

MENANGIS  à  rimas selalu

MATA KERING  à  dipanggil kepala batu

BUAT BETUL  à  pelbagai benda dipersoal

BUAT SILAP  à  sekampung berbual


Apa salah perempuan ?? kami juga punya harga diri. Tapi UNTUNG jadi perempuan sebab setiap sekali dilemparkan kejian dan hinaan, SYURGA  adalah tempatnya..cukup menjadi SOLEHAH kerana ALLAH, dirinya sudah pasti sebaris dengan para bidadari dan mungkin lebih atas lagi. Wallahualam..

IT IS FACT !!!!

Cerita indon   àà à   sikit sikit anak bertukar
Cerita Hindustan   ààà  sikit sikit joget
Cerita korea   ààà  sikit sikit menangis
Cerita amerika  ààà  sikit sikit kiss
Cerita melayu   ààà  sikit sikit IKLAN !!!

NENOTAPUY: menyampah aku tgk drama melayu.

Friday 9 November 2012

berMASAlah....


aku memang ade masalah dengan MASA
MASA selalu cari gadoh dengan aku
sokmo MASA serabotkan hidop aku
dah kenape dengan MASA ni??
memang bawak MASAalah betol la
seeee... MASA lagik !!
aku tenJen tau tak !!

result aku tinggi sikit dari lubang hidong
paras2 mata bawah sikit dari bulu kening
sebab ape??
sebab MASA laa.
ni buat aku nak salahkan MASA ni..
haruu biru betoi la hidop dengan MASA
aku tak dan nak kejaq hang tau dak
awat dok pecot laju sangat

kenapa MASA???
sebab MASA lah result aku terjunam
penat sem lepas aku panjat tinggi2
ni dah tanah runtoh pulak dahhh
memang kacau bilau sunggoh. haru !!

aku takdak MASA nak study
aku tak cukup MASA utk study
aku tak cukup MASA nak wat latihan
aku tak cukup MASA utk rehat
aku tak cukup MASA utk......
argghhhh utk sume lah


engineer solve the problems yee puyen. so sabar!! but i still love CIVIL ENGGINEERING. muah !!

Thursday 8 November 2012

KEDEBORAN... DEBO BEGER


Bismillahirrahmanirrahim...

wahhhh, debo debo debo.... sebab ape debo ??
sebab esok result final dah kua.. name je esok. tapi tgh malam ni dah blh cek kat email dah.. 
waaaa takooot beta !!!!aku yakin bukan aku je takot
kalau dah name je student UITM, kompem rase nak tekeluar dah jantong.
Ya Allah.. kau berikanlah keputusan ku secemerlang sem dahulu. kalau boleh lagi cemerlang.
walaupon ku tahu performance ku baru2 ni tak memuaskan, 
tapi tolonglah DL. aku taknak CGPA aku jatuh,, huwaaaaaaaa. 



GIRLS DAY OUT



Setelah bertahun2 tak berjumpe, akhirnya kami dapat jugak keluar same2. Walaupon lagi 5 orang xdapat join sbb busy.  Pertemuan kitorang ni sangat2 la hepinye.. yeayy !!!! kalau aku dangan huda, nak dekat 3 taun dah tak jumpe, last jumpe pon mase amek result SPM kot. Ke tak jumpe pon time tu. Tak ingat dah. Tapi aku ngn amy lagi la lame. Dekat 5 taun dah. Awal2 form 4 dulu jumpe jap. Pastu teros tak jumpa dah. Same la ngn bdk2 lagi 5 org tu. Lame sgt dah tak jumpe asenye.. jom layan gambor gile kami ye. hehehhee





nota lutot : aku sayang sama kamu kamu !!


SAYA DAN DIA




Satu hari saya jalan2.
Saya nampak dia.
Dia hensem sangat.
Saya mula jatuh hati padanya.
Saya kata, saya sayang dia.
Dia senyum je.
Saya mula ngorat dia.
Dia ngorat saya balik.
Kami sama2 ngorat.
Eeeeee suweetnye saya ngan dia.
Lame2 dia pon suka saya.
Cam saya suka dia.
Tapi berak tak semestinya keras.
Kadang2 cair juga.
Saya dan dia selalu gadoh2.
Tapi walau camne pon.
Saya tetap cinta dia.
Cinta sampai bile2.
Umm kalaulah saya dapat kawen ngan dia.
Saya la orang paling bahagia kat dunia ni.
Tapi saya tetap bangga.
Walau terok camne pon saya.
Dia tetap terima saya seadanya.
Terima kasih sayang saya…



ZAMAN KECIK KECIK DULU ~~~~



tak lame je lagi umor aku nak masok 21. tapi aku still tak matang lagi. camno ni ?? dalam duk tepikir2 tu, teringat la mase zaman kecik2 dulu.

  • Kat sekolah ade salesman jual buku cerita. Ari ni bagi list, esok mintak duit beli buku tu.
  • Air susu pon camtu jugak. Esok mase gi sekolah kene mintak duit lebih kat abah nk beli susu jagong, coklat ngan strawberi.
  • Pastu sibok dok tempah kad nama yg ade bnyak jenis tu. Pilih kod dia. Pastu pos. 2 minggu pastu baru dapat.
  • Bile ade program Nilam, sume sibok nak pinjam buku. Just tulis nama pengarang je. Sipnopsis bantai je.
  • Pakai pensel box yg boleh bukak depan belakang, pastu yg ade sharpener kat gh2 dia.
  • RMT kat sekolah xbest langsong. Tapi bdk yg berduit pon join jgk. Xfaham aku…
  • Main lawan pemadam. Sanggop berebot kat koop nk beli pemadam sebelah putih sebelah hijau tu.
  • Pakai pembaris bergerigi, yang kat dalam ade air pastu ade mende berkilat dalam air tu.
  • Selok beli pembaris besi yg bile pukol kat tgn, teros dia ikot melekat melengkong camtu kat tangan kite.
  • Cikgu pakai pembaris kuning panjang yg ade pemegang kat tengah2 tu. Tp xpernah nmpak pon cikgu pegang kat situ.
  • Bulu ayam relai dan ramping sebab sokmo dijadikan rotan.
  • Time pendidikan seni, sibok ambik bawang, batang pisang, kentang kat umah sebab nk buat seni tompok2 tu, pastu ade kolaj la, anyaman pakai kertas warne lah..
  • Main game 2D. super Mario, street fighter, boomberman. Sume pakai tape.
  • Sibok beli jam digimon kat McD. Pastu main lawan2 ngn jiran2. Pastu boleh jage pet tu, bagi makan, tido, mandi…
  • Balik sekolah mesti beli Dendang, Jojo, Tora sbb nak mainan dia tu. Coklat tu tak makan pon.
  • Pakai beg sekolah beroda yg ade gambor kartun macam2 kat dpn tu.
  • Tak sabar nak balik sekolah petang sebab nk tgk cerita usop sontorian, keluang man.
  • Ponteng kelas fardu ain sebab nk tgk cerita Rosalinda ayammor.. admire kat Fernando jose tuu..

korang dulu camni tak?? hahaha.. jangan tak ngaku eyhh....


Tuesday 6 November 2012

layan RM skaleyyyy..




ni saje nak kongsi sikit cerite yg baru je aku abes tgk pagi tadi.. RUNNING MAN episode 117 if im not mistaken. dah lame sebenornye aku tak berunning man ni. yelahh, bile balik umah peluang tuk mengonline tu payoh benor nak dpt. ni pon aku curik berok band abang aku. hua3. dia tak tau tu.. shhhhhhh

oke episod yg ni tema dia RIDDLE RACE.. riddle tu ape?? riddle pon tak tau?? teka teki la.. artis jemputan dia ade lah yg hensem tu Ji Sung , Song Chang-ui , Ji Jin-hee , Yoobin (wondergirl) dan budak cantik Suzy (miss A).. best jgk a episod ni. klaka, mmg sokmo2 klaka pon kan.

klaka time yoobin, suzy and jihoo gi kejot puak2 laki tu bgn tido. sememeh blake muke. pastu gary yg blur nak mam . jong kook  yg taff gile slmber belari kendong jihoo *mcm gamba kat atas tuh. haroro yg still gatal and macam2 lah. 

dorang main macam2 game.then akn dpt hint utk selesaikan teke teki tu la. tapi last2, yg menang tu kumpulan grasshopper jaesuk.. kecewa daku my sparta kook kalah. uhuk3


BERCINTA SELEPAS KAHWIN ??




memang mulia sangat bile beranggapan camtu. sebab bagi aku, maknanye dia takkan kapel or bersosial la time muda mudi ni kan??? biasenye pmpuan la yang akan ckp mcm ni. org laki payah skali, yelahh,, hidop hanya sekali kan.. tapi masalahnye skrg.. lu ckp tak serupa bikin maaa. still lagi keluar atau bahase sopannya kene angkot ngn lelaki2 *nampak sgt sokmo bertukar laki* tp dgn alasan mmber-member . mmber kepala lutot kau !!! 

pmpn yg ckp nak bercinta selepas kahwin ni adalah pmpn yg jenis nak suruh family carikan jodoh utk dia. atau yg jenis dah insaf sikit, sbb pernah dikecewakan oleh lelaki.. tapi kau ??? hahhahhaa.. sangat kelaka la.. buang karan je updet status kt fesbuk, twittttterrrr, BBM bagai.. siap memperlekehkan lagi org yg kapel. tapi tak reti nak cermin diri sendiri.. helllo hello hello.. awak yg dah pernah dikecewakan dan kami tahu mcm mane perilaku awak mase syok kapel dulu,, jgn nak kutok or judge org lain same mcm awk !!! ada faham ??? kami yang kapel ni keluar makan hujung minggu je. tapi awak seminggu 2 3 kali keluar dgn lelaki yang bertukar2 orang.  janji dorang ada kereta nak keluar. kan ???

tak perlu keluarkan firman Allah kalau diri sendiri tu  tak perfect lagi. kalau awk putus, tapi awak berubah kearah yang lebih baik, awak tak biarkan diri awak tu senang2 kene angkot, awak tak buat status ' senang nak keluar bile dah free ni. tak dek org nak marah '. haaaa !!! silakan !! silakan lah mengubah kami2 ni. kecil tapak tangan, stadium bukit jalil kami tadahkan. tapi ???? urmmmm lu pikir lah sendiri


puyen bebel : kita akan kenal seseorang tu kurang dari 5 bulan atau pon tak pernah kenal langsong.. barulah dinamakan bercinta selepas kahwin.. ada faham ????


Monday 5 November 2012

HAWA sayang… dengar ni nasihat ADAM…







Betul ke Allah tak adil dengan perempuan?
Cuba fikir semula.
Iya betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
tapi, cuba ingat balik, 
syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

Betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
tak adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayangkan kaum perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

Kenapa perempuan hebat? Sebab kasih sayang Allah yang jadikan mereka hebat
cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, 
sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia
masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga

HADIS :

" Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai. "

(Hadis Riwayat Ahmad)

Tak adil lagikah Allah dekat perempuan?
oh perempuan, sedarlah
betapa sayangnya Allah padamu
betapa cintanya Allah padamu.
Tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran-fikiran negatif yang tak berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
bayangkan dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan
dan seindah-indah hiasan tu adalah wanita solehah.
Kesiannya dekat perempuan yang menolak untuk menjadi seindah hiasan kan?

Wahai HAWA, nampakkah anda betapa sayangnya Allah kepadamu. Kenapakah kamu masih berdegil untuk mengikut perintahya. Pernah kah engkau tahu betapa sedihnya Allah pabila melihat kaum HAWA yang sepatutnya senang untuk memasuki syurga menjadi perempuan yang durjana.

YA ALLAH !!

Kau ampunkanlah dosa-dosa kami,
Kau berilah kami kesihatan tubuh badan,
Kau berilah kami rezeki yang melimpah ruah,
Kau berilah kami akan jalan yang lurus,
Kau kuatkanlah iman kami.
Aminn...

 
"Sabda Rasulullah, “aku telah melawati neraka dan aku dapati ramai daripada ahlinya daripada wanita.”Allah tidak membebankan wanita dengan perkara-perkara yang berat, cukup dengan menjaga rukun Islam, jaga aurat dan taati suami, maka tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga, masuklah dari mana-mana pintu yang disukai. Allah tidak suruh wanita pergi berjihad, wanita cari nafkah, wanita jadi pemimpin, itu semua tugas lelaki. Jika lelaki tunaikan itu semua pun, belum tentu dia dapat masuk syurga dari satu pintu. Belum tentu. "


Bersyukurlah diciptakan sebagai seorang Perempuan. Jangan naik syok dan lupa hukum agama sehingga dengan rela merubah diri menjadi seakan-akan LELAKI atau tukar terus menjadi seorang lelaki. Sama jugak dengan lelaki. Jangan menidakkan apa yg kita ada. Dia lebih tahu akan hamba-hambaNya.


nota kaki : bersyukur dijadikan seorang perempuan. Ya Allah pandulah kami kejalan keredaanMu.

ADAM .. dengarlah rintihan HAWA ni ...




siapa kata jadi perempuan tu senang ?
nak kena tutup sana, tutup sini
tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising
perempuan, stoking pon kenha pakai.

cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
konfem tak tahan bertutup semua 
tapi, perempuan cool jerrr
tengah panas pon boleh pakai jubah.

hebat kan perempuan?                              

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit
nak pergi kelas pon susah
cuba tengok budak lelaki, selamber jerr
kadang-kadang setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, leh survive jerr
tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit

hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati mereka Allah jadikan lembut betul
cepat je sensitif
cuba tengok orang putus cinta
selalu perempuan yang paling susah nak lupa
lelaki lepas putus cinta cepat jerrr cari yang baru
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan? lelaki boleh gelak-gelak lagi
lembut tak lembut hati perempuan
tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki

hebat kan perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, 

ramai perempuan yang merajuk dengan Allah
diorang cakap, Allah tak adil kenapa Allah lebihkan lelaki?
Kenapa perempuan kene dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 orang anak lelaki, 

tak susah macam nak jaga seorang anak perempuan.

Disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni,

kami, perempuan-perempuan kat luar sana dah memberontak.
kami pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 

'lelaki tak payah tutup pun'.
kami dah berani bertepuk tampar dengan lelaki
kami sanggup gadaikan diri 

sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati

kesian kan dekat perempuan?

Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah,

 kami sanggup rosakkan diri sendiri
kami cakap mereka buat macam tu sebab Allah tak adil..
ASTAGHFIRULLAH... AMPUNKAN DOSA KAMI YA ALLAH



#ADAM jgn lupa balas ye surat HAWA ni.. bersambung………






TRAGIS TRAGIS !!!!



Tibe2 dalam dok baring2 ni, aku teringatkan mase aku accident dulu. Uncle Cina tu beria betol mintak maaf kat kami masa tu. Dia dah swear nak tanggong sume. Dia dgn gelabah teros je hulur RM100 . tu pon sbb dia dah xdek cash dah. Then dia pon bg kad dia. Ooooo doctor gigi upenye. 

Blablabla,, bile kete siap, aku drive bwk pi klinik nak tunjok kt dia. Dia bleh ckp “ takpa2, janji u puas hati, nanti I bayar sama itu pomen”. And bile aku pulangkn 100 dia tu, “ eh u amek saja..duit raya” wahh baik sunggoh. Tp tdk ku tegar, terang2 dah dia langsaikan kete aku yg RM800++ tu. Ok dia mmg baik ok, berbudi bahasa.

Aku senyum sendirian. Same jgk ngn kes yg jd baru2 ni. Kunci kete aku tetinggal lam kete, dan kete itu dah lock. DENG !! dgn muke tebal dan slumber, aku mintak tlg tokey kedai dpn kete aku tu. Bile aku story, dia senyum je and teros bgn blaa masok kedai dia. Bini dia ckp “sekejap aaa”. 

Tup2 uncle Cina tu dtg bwk screwdrebar , dia cungkil2 pintu tp xlps, dia masok kedai amek yg besar sikit but still xlps. Uncle tu masok kedai lg, ade brader ni dtg senyum2 tnye nape dan blaaa.. ciss !! uncle bwk kua besi ngn gergaji. Aku dah tegelak2, puas jgk uncle tu tlg aku dan yg tragis, kami dalam hujan. 

Uncle tu sgt prihatin. Dlm 30 minit tu, rmai yg tnye dan blaa, sikit pon xtlg uncle tu. Ofkos yg tnye tu org melayu tmasok brader tu.
Tp last2 brader tu dtg balik kat kami. Konon tunjok macho buat2 la jgk nk tlg. 




Selepas selepas lepas tu, baru boleh. Brader tu yg buat. Tp aku still ucp time kasih bnyk2 kat uncle tu sbb dy bersama kami slme 30mnt tu. Tq uncle.  Tp tulah, lembu punya susu, sapi dapat nama. Uncle yg penat2, brader tu yg glemer.

Hurmmmm…xfaham kenape, tp org melayu mmg cmtu, kalau ade kete rosak tepi jln pon, just pndg cmtu je, depa akn berenti kalau awek cun begetah yg tersadai kt tepi tu. Itu mmg lumrah dah. Mmg dah boleh bace. Xkene kat depa bolehlah kerek2. Skali kene baru muncung. Huhu. konklusinya, suke hati koranglah nak tolong ke tak. AGK ??? Ada Gua Kesah ??


# malas pikir malas piker.. babai muah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...