bkgrnd

MEREKA KEKUATAN SAYA

Monday 5 November 2012

HAWA sayang… dengar ni nasihat ADAM…







Betul ke Allah tak adil dengan perempuan?
Cuba fikir semula.
Iya betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
tapi, cuba ingat balik, 
syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

Betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
tak adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayangkan kaum perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

Kenapa perempuan hebat? Sebab kasih sayang Allah yang jadikan mereka hebat
cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, 
sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia
masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga

HADIS :

" Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai. "

(Hadis Riwayat Ahmad)

Tak adil lagikah Allah dekat perempuan?
oh perempuan, sedarlah
betapa sayangnya Allah padamu
betapa cintanya Allah padamu.
Tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran-fikiran negatif yang tak berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
bayangkan dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan
dan seindah-indah hiasan tu adalah wanita solehah.
Kesiannya dekat perempuan yang menolak untuk menjadi seindah hiasan kan?

Wahai HAWA, nampakkah anda betapa sayangnya Allah kepadamu. Kenapakah kamu masih berdegil untuk mengikut perintahya. Pernah kah engkau tahu betapa sedihnya Allah pabila melihat kaum HAWA yang sepatutnya senang untuk memasuki syurga menjadi perempuan yang durjana.

YA ALLAH !!

Kau ampunkanlah dosa-dosa kami,
Kau berilah kami kesihatan tubuh badan,
Kau berilah kami rezeki yang melimpah ruah,
Kau berilah kami akan jalan yang lurus,
Kau kuatkanlah iman kami.
Aminn...

 
"Sabda Rasulullah, “aku telah melawati neraka dan aku dapati ramai daripada ahlinya daripada wanita.”Allah tidak membebankan wanita dengan perkara-perkara yang berat, cukup dengan menjaga rukun Islam, jaga aurat dan taati suami, maka tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga, masuklah dari mana-mana pintu yang disukai. Allah tidak suruh wanita pergi berjihad, wanita cari nafkah, wanita jadi pemimpin, itu semua tugas lelaki. Jika lelaki tunaikan itu semua pun, belum tentu dia dapat masuk syurga dari satu pintu. Belum tentu. "


Bersyukurlah diciptakan sebagai seorang Perempuan. Jangan naik syok dan lupa hukum agama sehingga dengan rela merubah diri menjadi seakan-akan LELAKI atau tukar terus menjadi seorang lelaki. Sama jugak dengan lelaki. Jangan menidakkan apa yg kita ada. Dia lebih tahu akan hamba-hambaNya.


nota kaki : bersyukur dijadikan seorang perempuan. Ya Allah pandulah kami kejalan keredaanMu.

4 comments:

  1. dya tengah belajar mentaati sang suami lah ni..payah tau...hihihihi

    ReplyDelete
  2. selalu aje kabur dgn kenikmatan duniawi yg sementara antara sedar atau x...:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tu. kita sbg manusia penuh dgn kealpaan dunia smpaikan tak nampak ape yg lebih sempurna didepan mata

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...